Perkhidmatan

TENTANG KAMI

Butik Pesaka dengan rasminya telah didaftarkan pada 3 Mac 2010. Walau bagaimanapun, kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang jahitan pakaian selama 15 tahun. Kini kami mempunyai bilik pameran serta bengkel jahitan di bawah satu bumbung yang terletak di Shah Alam, Selangor.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
  • Menjual pakaian siap moden dan tradisional bagi lelaki dan wanita.
  • Menerima tempahan jahitan pakaian moden, tradisional, pengantin, baju melayu dan sulaman manik.
Waktu operasi adalah pada hari Isnin - Sabtu bermula dari 9.00 pagi – 7 petang.

PANDANGAN LUAR




BILIK PAMERAN



Selain itu, kami mempunyai lebih kurang 8 orang tenaga kerja mahir yang bekerja di butik. Bagi menjaga kualiti perkhidmatan, segala proses jahitan pakaian bagi tempahan khususnya adalah di lakukan oleh tenaga kerja kami sendiri di bengkel. Ini kerana kawalan kualiti amatlah penting dan sangat dititik beratkan.